Gimnas negara, Nur Eli Ellina Azmi, mengambil tanggungjawab untuk menyumbang dua pingat emas buat negara menerusi acara berpasukan dan individu bagi rutin kegemarannya, batang titian, dalam Sukan SEA, Ogos ini.
Ia menjadi tanggungjawab anak buah pengendali dari Ukraine, Nataliya Sinkova, ini mempertahankan pingat emas bagi acara berpasukan di Singapura, dua tahun lalu.
Namun, atlet berusia 22 tahun ini melihat tanggungjawabnya juga terarah kepada acara batang titian yang mampu membawa prospek emas buat negara.
Tegas Eli, segala persediaan Sukan SEA berada di tahap terbaik dan melabelkan sasaran dua emas untuk acara berpasukan dan individu itu sebagai relevan.
"Saya mahu mendapatkan satu pingat emas dalam acara individu untuk Sukan SEA kali ini. Bagi acara berpasukan, kami dalam persiapan rapi bagi mempertahankan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu," katanya.
Kejohanan ASEAN dari 18-21 Mei ini merupakan medan terbaik buat skuad negara menilai kekuatan pasukan lawan, di mana ketika ini skuad negara tiada sebarang gambaran kelebihan yang dimiliki pencabar lain.
Skuad gimnastik negara adalah penyumbang utama pingat dalam Sukan SEA, dengan pencapaian terbaik pada 2001 di Kuala Lumpur dengan 16 emas.
"Beraksi dalam Kejohanan ASEAN membenarkan kami mengetahui kebolehan saingan kami yang bakal beraksi dalam Sukan SEA nanti."