Selepas sekadar menjadi pemanah simpanan, atlet memanah wanita recurve negara, Nur Aliya Ghappar, mengidam untuk merebut slot utama membarisi skuad pemanah negara yang akan mengibarkan cabaran Malaysia dalam temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, 19 hingga 30 Ogos depan.
Biarpun skuad memanah wanita berjaya menggondol pingat gangsa acara recurve berpasukan dalam Sukan SEA 2015, kehadiran Aliya hanyalah sebagai pemanah simpanan dan tidak beraksi di pentas final.
Ketika itu, skuad negara dibarisi Farah Amalina Azhar, Nur Afisa Abdul Halil dan Loke Shin Hui.
Berbaki kurang tiga bulan sebelum Sukan SEA 2017 membuka tirai, Aliya mengidam untuk berada dalam senarai utama, apatah lagi dia telah membuktikan kewibawaannya dalam Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak tahun lalu, dengan menggondol dua emas.
"Dalam Sukan SEA Singapura, bidikan saya agak kurang memberangsangkan selain berdepan kelemahan mental.
"Setakat ini, saya berjaya meningkatkan prestasi dari masa ke semasa," katanya.
Destinasi seterusnya buat barisan atlet pemanah negara adalah dalam Kejohanan Piala Dunia di Shanghai, China, pada 16 Mei ini.
Jurulatih negara, Lee Jae Hyung, akan menilai prestasi barisan pemanah dan senarai akan akan mewakili Malaysia dalam Sukan SEA akan ditentukan pada bulan depan.
"Kami sudah lama beraksi bersama dan tidak mempunyai masalah untuk melakukannya.
"Baru-baru ini dalam kejohanan di Bangkok (Thailand), kami berjaya mara ke pusingan akhir, namun tewas kepada Vietnam," kata Nur Afisa.