Pemain sepak takraw negara, Norshahruddin Mad Ghani, kini sedia untuk merebut tempatnya dalam skuad kebangsaan selepas kembali daripada kecederaan panjang sebelum ini.
Norsharuddin mengalami kecederaan lutut kiri empat tahun lalu ketika Sukan SEA di Myanmar sebelum bergelut untuk pulih serta menghadapi kenaikan masalah berat badan yang mendadak.
Kini dia telah pulih sepenuhnya dan bersedia untuk mewakili Malaysia dalam saingan Sukan SEA 2017, Ogos ini.
"Saya baru mendapat pelepasan doktor untuk kembali beraksi.
"Keadaan selesa buat saya tetapi perasaan takut masih wujud," katanya.
Norshahruddin, yang merupakan pemain perejam, melakukan penampilan sulung ketika Kejohanan Pra Sukan SEA, baru-baru ini.
Kali ini, dia disenaraikan dalam acara quadrant dalam usaha untuk mengembalikan sentuhan emasnya.
"Saya menganggap ini adalah percaturan untuk kebaikan skuad negara dan fokus saya adalah untuk kembali ke prestasi asal," ujar pemenang pingat perak Sukan Asia 2010 itu.