Dua atlet taekwondo negara, A. Navin dan Nurul Farah Alisa Roslan, sedia menyahut cabaran untuk menyumbang pingat buat Malaysia sekalipun ini adalah penyertaan pertama mereka dalam Sukan SEA.
Edisi Singapura dua tahun lalu menyaksikan skuad taekwondo negara meraih tiga pingat perak dan tiga gangsa.
Bertekad mahu mengatasi pencapaian itu kali ini, Malaysia mempertaruhkan gandingan muka baharu dan juga berpengalaman.
Navin berkata Malaysia kini bakal berhadapan dengan cabaran terbesar daripada peserta Thailand dan Indonesia.
"Untuk saya menghadapi Sukan SEA yang pertama, saya perlu berusaha lebih keras memandangkan negara-negara lain juga sedang mempersiapkan diri," ujarnya.
Navin dan Nurul berada dalam kumpulan kedua untuk menjalani latihan di Korea Selatan bermula 1 Jun ini.
Selain sesi latihan, mereka dijangka mengambil bahagian dalam tiga pertandingan di sana, iaitu Kejohanan Dunia, Terbuka Korea dan Terbuka Jeonju sebelum pulang ke tanah air pada 28 Julai.
Bagi Nurul, dia berharap peluang berlatih di Korea Selatan itu dapat membantu mengingkatkan lagi prestasinya dalam Sukan SEA nanti.
"Bulan depan, kami akan ke Korea, jadi saya rasa latihan di sana nanti dapat membantu untuk aksi terbaik dalam Sukan SEA nanti.
"Saya merupakan peserta paling muda di dalam pasukan ini, jadi tekanan tetap akan ada," kata Nurul.