Atlet ekuestrian negara, Natasha Ines Wah Idris, menanam keazaman tinggi untuk memenangi pingat emas dalam Sukan SEA Kuala Lumpur selepas berjaya mengungguli acara show jumping dalam kejohanan ekuestrian Pra-Sukan SEA, hari ini.
Natasha -- yang menunggang kuda bernama Wachinta -- menyerlah dalam kategori 120-130 sentimer.
Kemenangan sudah pasti menyuntik semangatnya untuk menebus kehampaan dalam Sukan SEA Singapura dua tahun lalu apabila dia sekadar sekadar meraih pingat perak dalam acara sama.
"Di Singapura, tekanan itu ada tetapi tidak terlalu besar. Tetapi kini di Malaysia tekanan itu sudah tentu lagi tinggi di samping mengharapkan pingat emas," katanya.
Natasha akan menjalani latihan intensif di Eropah sebagai persediaan terakhirnya menghadapi Sukan SEA.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, yang hadir menyempurnakan majlis penyampaian hadiah, optimis terhadap kemampuan skuad ekuestrian negara untuk membutirkan emas kali ini.
"Kita ada peluang yang cerah dalam keempat-empat acara ekuestrian, iaitu dressage, show jumping, kuda lasak dan endurance. Kita mengharapkan pingat emas dalam kesemua acara ini," ujar Khairy.