Majlis Olimpik Malaysia (MOM) terpaksa menangguhkan pemilihan timbalan chef-de-mission (CDM) Sukan SEA Filipina, November depan kerana perlu mendapatkan persetujuan daripada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Menurut Setiausaha Agung MOM, Datuk Nazifuddin Najib, senarai calon yang dikeluarkan memerlukan perincian daripada Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
"Kami sudah menjalankan perbincangan mengenai pemilihan timbalan CDM, namun MSN masih mahu memperincikan lagi senarai itu untuk dibentangkan dengan pihak atasan dan menteri.
"Jadi, kami kini sedang menantikan keputusan daripada MSN," katanya.
Mengenai keutamaan yang diberikan kepada bekas atlet untuk mengisi jawatan itu, Nazifuddin menambah: "Selalunya, MOM akan melihat kepada persatuan sukan kebangsaan dan bekas atlet.
"MSN pula mungkin akan menyenaraikan pegawai-pegawai kerajaan.
"Kami akan membuat pengumuman secepat mungkin dan ia mungkin dapat diketahui pada hujung bulan ini atau awal bulan depan," katanya.