Bekas ratu renang negara, Nurul Huda Abdullah, dilantik sebagai timbalan chef-de-mission (CDM) II ke Sukan SEA 2019, sekali gus melengkapkan senarai dua timbalan CDM untuk membantu tugas ketua kontinjen, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, di Filipina nanti.
Pelantikan Olahragawati Sukan SEA 1989 itu diumumkan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, selepas mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Eksekutif MOM di Wisma MOM, Kuala Lumpur hari ini.
MOM sebelum ini mengumumkan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Ahmad Faedzal Md Ramli, sebagai timbalan CDM I yang akan membantu kontinjen negara sepanjang penganjuran temasya itu dari 30 November hingga 11 Disember depan.
Mohamad Norza menyifatkan gandingan ketiga-tiga individu itu adalah gabungan mantap memandangkan mereka mempunyai latar belakang menarik, selari dengan cabaran yang bakal Malaysia harungi dalam temasya dwitahunan itu.
"Megat merupakan setiausaha agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) dan bekas naib presiden MOM, beliau ada pengetahuan luas dalam pentadbiran sukan. Beliau akan dibantu Ahmad Faedzal yang dicadangkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) manakala Nurul Huda adalah bekas atlet yang begitu berjaya dalam Sukan SEA sebelum ini.
"Pelantikan ini memerlukan perancangan teliti dan bila cakap tentang Sukan SEA, ia melibatkan pendedahan di mana atlet muda memerlukan pemimpin yang memahami jiwa dan aspirasi mereka," katanya.
Nurul Huda adalah inspirasi terbaik kepada barisan atlet negara dengan rekod pencapaian pernah memenangi 23 pingat emas Sukan SEA selain atlet Malaysia pertama memenangi pingat dalam Sukan Asia dan Kejohanan Renang Asia.
Dalam perkembangan lain, Mohamad Norza berkata bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Wira Mazlan Ahmad, dilantik bagi menganggotai Jawatankuasa Pemilihan Atlet ke Sukan SEA Filipina.
Mazlan akan menggantikan Tan Sri Dr M. Jegathesan yang tidak dapat memberi komitmen kerana lebih banyak berada di luar negara.
Jawatankuasa Pemilihan itu juga terdiri daripada Ahmad Faedzal, Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail, bekas setiausaha agung MOM, Datuk Sieh Kok Chi, dan Mohamad Norza sendiri.
-- BERNAMA