Majlis Sukan Negara (MSN) sudah mengenal pasti jumlah atlet yang bakal diserap ke program baru menuju ke temasya Sukan SEA Manila 2019 dengan senarai awal hanya mencecah 330 orang berbanding jumlah yang terdapat dalam Program Kita Juara.
Mesyuarat yang dihadiri 18 persatuan sukan hari ini menyaksikan seramai 120 atlet dicadangkan oleh persatuan sukan masing-masing dan berjaya mendapat tempat dalam program baru sukan kebangsaan.
Selepas mesyuarat pemilihan pertama November lalu, seramai 210 atlet telah pun terpilih, sekaligus melibatkan jumlah terkini seramai 330 atlet.
Senario berkenaan agak berbeza jika dibandingkan ketika fasa pertama Program Kita Juara yang dilancarkan pada 2015 untuk menghadapi temasya KL2017 apabila menyaksikan seramai 772 atlet tersenarai.
Bagaimanapun, Pemangku Pengarah Bahagian Atlet, Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin, mempunyai alasan terhadap langkah penyenaraian itu.
"Kedudukan jurulatih juga akan dicadangkan oleh pihak persatuan. Kami akan mempertimbangkan dan meluluskannya berdasarkan keperluan setiap sukan tersebut.
"Dalam mesyuarat jawatankuasa nanti, kami akan membuat pengesahan mengenai program latihan mereka. Pihak persatuan telah pun melaksanakannya dan pengesahan jurulatih."
Ketika ini, syarat minimum yang ditetapkan adalah sekurang-kurangnya pemenang pingat perak dalam Sukan SEA Kuala Lumpur yang lalu.
Begitupun, jumlah itu tidak tetap dan ia boleh berubah bergantung kepada prestasi atlet tersebut sepanjang tahun ini.
"Masih ada atlet yang belum disenaraikan, kami masih menunggu senarai awal jenis sukan yang dipertandingkan dalam Sukan SEA 2019, ia dijangka akan dikeluarkan pada tahun ini.
"Sebaik mengetahui senarai sukan tersebut, kami akan menambah atlet mengikut keperluan sukan (dalam temasya itu)," tambah Jefri lagi.
Sementara itu, ketua jurulatih olahraga, Zainal Abas, menegaskan atlet masih berpeluang untuk merebut tempat dalam program itu dengan syarat perlu membuktikan pencapaian mereka terlebih dahulu.
"Contohnya dalam acara 100 meter, kalau ada mana-mana atlet yang mampu mencatat masa 10.20 atau 10.30 saat, kami akan mempertimbangkannya dalam program ini bagi memantapkan pasukan.
"Sekalipun tidak tersenarai kali ini, ia tidak bermakna mereka akan diketepikan kerana dalam tempoh dua tahun ini, pintu sentiasa terbuka," katanya.
Jurulatih silat negara, turut berkongsi pendapat dengan berkata: "Apa-apa perubahan (yang akan dilakukan) adalah selepas Sukan Asia, Ogos nanti.
"Ini kerana, ada dalam kalangan atlet kami yang merancang untuk bersara kerana faktor umur."