Pelari pecut negara, S. Komalam Shally, sah digugurkan daripada Sukan SEA Kuala Lumpur selepas panel siasatan khas yang bersidang hari ini -- 11 hari menjelang temasya -- sekaligus meninggalkan kekosongan dalam acara 200 meter dan 4x100m wanita.
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) menerusi pengurusnya, Datuk Salim Parlan, dan barisan jurulatih mengambil tindakan drastik menggugurkan Komalam.
"Saya sendiri yang mencadangkan kepada KOM walaupun kita telah menghampiri Sukan SEA.
"Pada mulanya, kami mahu mengambil sikap berdiam diri sahaja supaya tidak mengganggu keseluruhan (pasukan).
"Tetapi, demi keharmonian pasukan, saya sendiri yang mencadangkan dia digugurkan," kata Salim.
Komalam didakwa berdepan masalah selepas tiga kali diberi amaran selain dua amaran keras oleh persatuan itu.
Sehubungan itu, KOM kekal dengan pendirian menggugurkan Komalam.
"Keputusan itu sudah muktamad.
"Kami akan melihat kalau ia menimbulkan isu atau kes yang boleh kami bawa sebagai aduan," ujar pengerusi panel siasatan khas, Datuk Nazifuddin Mohd Najib.
Atlet berusia 29 tahun dari Perak itu memiliki reputasi hebat di pentas 4x100m, dengan dia bersama Zaidatul Husniah Zulkifli, Siti Fatimah Mohamad dan Nurul Faizah Asma Mazlan berjaya memecah rekod kebangsaan sebanyak tiga kali dalam tempoh tidak sampai setahun.
Dengan ketiadaan Komalam itu, maka hanya Zaidatul Husniah akan beraksi dalam acara 200m.
Bagi acara 4x100m wanita, dua pelari muda, Azreen Nabila Alias dan Fatin Faqihah Mohd Yusuf, akan dipanggil ke Bukit Jalil untuk membentuk kuartet bersama-sama Zaidatul serta Siti Fatimah.
"Kami akan tetap menyasarkan pingat dalam 4x100m wanita.
"Kami akan memberi peluang kepada pelari muda," kata jurulatih olahraga negara, M. Balamurugan, dalam usaha negara mencapai sasaran enam emas.
Usaha mendapatkan reaksi daripada Komalam gagal apabila dia bergegas meninggalkan Majlis Sukan Negara (MSN).