Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim, mengumumkan sasaran dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 tidak akan kurang daripada tiga pingat emas, secara tidak langsung melaungkan keyakinan tinggi untuk mengatasi pencapaian di Singapura, dua tahun lalu.
KOM antara persatuan sukan kebangsaan paling awal mengumumkan sasaran Sukan SEA dan dengan tiga emas yang disasarkan, ini bermakna skuad olahraga dijangka mengatasi kutipan tiga emas, dua perak dan sembilan gangsa dalam edisi terdahulu.
Ia pencapaian terburuk olahraga dalam sejarah dwi-tahunan itu, namun KOM yakin masalah itu tidak akan berulang.
Pemenang emas dua tahun lalu dijangka mempertahankan kejuaraan menerusi Nauraj Singh (lompat tinggi), Muhammad Hakimi Ismail (lompat kijang) dan Muhammad Irfan Shamsuddin (lempar cakera).
"Atlet-atlet taruhan terbaik seperti Hakimi telah membuktikan kebolehannya dengan mencapai lompatan sejauh 16.61m (baru-baru ini), manakala Nauraj Singh pula berada dalam ranking dunia.
"Itu menunjukkan kita sudah bersedia dan tiga emas sudah berada dalam tangan," katanya.
Sasaran rasmi akan diumumkan pada 9 Julai depan, iaitu selepas Malaysia menyertai Kejohanan Trek dan Padang Asia di India.
Sementara itu, KOM merancang mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur maraton pada 1 Oktober depan berhubung keengganan mereka bekerjasama dengan badan induk itu.
"Inilah masa terbaik untuk duduk berbincang.
"Tetapi, kami telah menunggu selama dua bulan dan tiada apa-apa tindakan daripada mereka.
"Maka, ahli majlis telah memberi lampu hijau untuk KOM mendapatkan khidmat nasihat daripada aspek guaman."