Sukan Dunia di Poland hujung bulan ini menjadi medan mengukur prestasi buat atlet memanah compound negara, M. Khambeswaran, untuk persiapan menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur, bulan depan.
Ini kali pertama Malaysia mempunyai wakil dalam acara compound dalam Sukan Dunia.
Untuk rekod, Sukan Dunia membabitkan jenis sukan yang tidak dipertandingkan dalam Sukan Olimpik.
Khambeswaran layak secara merit selepas meraih salah satu slot kelayakan dalam Piala Asia peringkat kedua di Bangkok, Mac lalu.
Selain Khambeswaran, cabaran negara akan turut digalas seorang lagi pemanah, Juwaidi Mazuki.
"Saya menjadikan Poland sebagai medan menghadapi Sukan SEA.
"Ini merupakan kejohanan terakhir sebelum saya menghadapi penyertaan sulung saya dalam Sukan SEA.
"Oleh itu, saya mahu menyesuaikan diri dengan situasi pertandingan seperti ini," katanya.
Bagi Sukan SEA nanti, Khambeswaran menjadi antara taruhan negara di samping Juwaidi, Zulfadli Ruslan serta Lee Kin Lip.
Dia yang juga pemegang rekod kebangsaan 30 meter individu lelaki mengharapkan momentum dalam Piala Asia peringkat ketiga di Taiwan baru-baru ini dapat dikekalkan sehingga Sukan SEA nanti.
Saingan itu menyaksikan skuad compound negara meraih dua pingat perak menerusi berpasukan serta individu lelaki di samping gangsa bagi acara individu wanita.
"Persiapan berjalan lancar selain saya kerap dihantar menyertai kejohanan di luar negara.
"Justeru, persembahan saya semakin meningkat.
"Saya berazam untuk memperbaiki kesilapan yang masih ada dan seterusnya memberikan aksi terbaik dalam Sukan SEA nanti."