Kebanggaan menjadi juara dunia mendorong kepada pemilihan tiga pembawa bendera untuk upacara pembukaan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil, 19 Ogos ini.
'
Perkara itu ditegaskan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, dalam temubual Di Ambang Sukan SEA' terbitan Astro Arena yang disiarkan malam ini.
"Kami mahu menunjukkan bahawa pembawa bendera ini adalah juara dunia yang dimiliki oleh Malaysia. Ia merupakan satu motivasi, inspirasi kepada atlet Malaysia dan menjadi satu cabaran buat negara yang bertanding dalam Sukan SEA," katanya.
Tiga juara dunia, Al-Jufferi Jamari (silat), Cheong Jun Hong (terjun) dan Azizulhasni Awang (berbasikal) dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang.
"Saya sentiasa mengingatkan kepada mereka bahawa Malaysia adalah gelanggang kita. Kita perlu cuba untuk memastikan kemenangan berpihak kepada kita. Tetapi apabila atlet sedang beraksi, fokus perlu sentiasa diberikan kepada prestasi masing-masing.
"Apa yang telah dilakukan oleh Jun Hoong ketika muncul juara dunia? Dia hanya melihat kutipan mata sehingga tamat terjunan terakhir. Ia membuktikan atlet perlu memberikan tumpuan kepada prestasi terlebih dahulu.
"Saya mencabar (Muhammad) Ziyad (Zolkefli) dan (Abdul) Latif (Romly) untuk memenangi pingat emas dalam Sukan SEA, mereka mampu melakukannya."