Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA: Khairy lancar detik 100 hari menuju KL2017

090517khairy.jpg
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, melancarkan detik 100 hari menuju Sukan SEA Ke-29 dan Sukan Para ASEAN Ke-9 Kuala Lumpur 2017 di KL Sentral, hari ini.

Menurut Khairy, pelancaran kiraan detik 100 hari itu bertujuan  mendapatkan sokongan serta memupuk kesedaran terhadap penganjuran Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2017.

KL Sentral merupakan lokasi strategik untuk meningkatkan semangat bangkit bersama dalam kalangan warga kota.

"Kerjasama kami bersama KL Sentral, MRCB dan Prasarana akan terus memperluaskan publisti mengenai Sukan SEA sehingga bermulanya temasya ini," katanya.

Dalam pada itu, Khairy yakin prasarana di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil akan disiapkan sepenuhnya sebelum temasya bermula pada 19 Ogos depan.

Beliau optimis temasya Kuala Lumpur 2017 mampu menjadi Sukan SEA terbaik yang pernah dianjurkan.

"Dengan berbaki 100 hari lagi, kita akan dapat memantapkan lagi persiapan dan saya percaya penganjuran KL 2017 adalah yang terbaik."

Advertisement

Must Watch Video