Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Khairy kobarkan semangat, mentaliti mahu menang

khairy-090517-2.jpg
"Teruskan tanam semangat dan mentaliti mahu menang." Demikian aspirasi yang mahu disampaikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dari 19 hingga 30 Ogos depan yang kini dalam perkiraan terakhir menuju angka 100 hari lagi untuk membuka tirai.

Menjelang 100 hari menuju Sukan SEA, Khairy melihat persiapan kontinjen negara yang ketika ini berada dalam fasa kedua Program Kita Juara sebagai amat memberangsangkan.

Bagaimanapun, masih ada perkara yang perlu ditekankan, iaitu keinginan mereka untuk bergelar juara.

"Kini cuma tinggal sama ada kita ada kemahuan untuk menang ataupun tidak.

"Itu sangat penting sebab apabila kita dah buat persiapan sebanyak 90 peratus, 10 peratus yang akhir itu adalah kemahuan kita untuk menang.

"Itulah yang akan membezakan kita dengan pesaing lain dan saya minta mereka tanamkan mentaliti itu supaya pada hari pertandingan nanti, tidak ada lagi keraguan dalam diri mereka sendiri," katanya.

Sudah pasti, reputasi selaku tuan rumah lebih memberikan tekanan serta cabaran tersendiri buat negara.

Begitupun, Khairy mahu melihatnya dari sudut positif.

"Saya perlu pastikan kita muncul juara keseluruhan dalam temasya Sukan SEA.

"Itu sudah pasti satu tekanan berat tetapi bagi saya, ia sesuatu yang positif yang memberikan dorongan buat saya untuk memastikan segala persiapan dibuat dengan lancar dan tidak ada apa-apa kelemahan, ataupun kita dapat kurangkan apa sahaja kelemahan daripada segi penganjuran mahupun prestasi kita."

Impian untuk muncul juara keseluruhan memerlukan jumlah kutipan pingat yang selaras dengan kemampuan dan walaupun Khairy belum bersedia mengumumkan sasaran sebenar, beliau memberi bayangan apa yang perlu dicapai kontinjen negara.



 

Advertisement

Must Watch Video