Skip to main content

Advertisement

Sukan SEA

Sukan SEA: Kemelut dalaman Filipina tidak jejas persiapan kontinjen negara

faedzal.jpg
Timbalan chef-de-mission (CDM) ke Sukan SEA Filipina, Ahmad Faedzal Md Ramli, menganggap kemelut dalaman yang melanda Filipina selaku penganjur Sukan SEA 2019, tidak akan menjejaskan persiapan barisan atlet dan kontinjen negara.

Kemelut itu berlaku selepas Presiden Jawatankuasa Olimpik Filipina (POC), Ricky Vargas, meletak jawatan lima bulan menjelang temasya dwitahunan itu yang sepatutnya akan berlangsung November depan.

Walaupun kemelut dalaman itu belum reda, POC dijangka akan mengadakan pemilihan presiden baru 10 Julai ini.

"Itu adalah isu dalaman yang perlu diselesaikan Filipina dan ia tidak menjejaskan persiapan kontinjen negara menghadapi Sukan SEA," kata Faedzal yang ditemui ketika membuat lawatan bagi memantau perkembangan terkini skuad gimnastik artistik dan gimrama negara, hari ini.

Beliau percaya kedua-dua skuad negara itu sedang giat menjalani latihan, apatah lagi mereka diletakkan sebagai sandaran lubuk emas buat negara di Filipina nanti.

"Kami hari ini berjumpa dengan skuad gimnastik artistik dan gimrama negara dan mereka memiliki keazaman yang tinggi untuk melakar kejayaan dalam Sukan SEA nanti."

Advertisement

Must Watch Video