Skuad kriket lelaki negara bermula dengan langkah kanan dalam kategori T20 Sukan SEA Kemboja apabila mengatasi Indonesia dengan 94 larian.
Lebih menarik, wakil negara, Virandeep Singh, mencatat century pertama dalam karier antarabangsanya ketika meletakkan Malaysia di tahap tersendiri, hari ini.
Menerusi 100 larian yang dilakukan ketika menentang Indonesia, Virandeep yakin kemampuan Malaysia untuk menyerlah menjelang pertemuan dengan Thailand esok.
"Ini century pertama saya untuk Malaysia dan yang kedua secara peribadi buat saya sendiri.

"Jadi saya gembira dapat menyumbangkan kejayaan buat pasukan," kata penolong kapten Malaysia itu.
Dalam pada itu kapten pasukan, Ahmad Faiz Mohammad Noor, melabel kemenangan dalam aksi pembukaan itu bahawa sasaran untuk membolot tiga emas bukanlah satu misi mustahil.
"Kami akan bertemu Thailand selepas ini.
"Kekuatan mereka adalah daripada segi balingan sementara kurang dalam aspek pukulan.
"Kami perlu ambil kesempatan untuk cuba kurangkan larian mereka sebanyak mungkin.
"Walaupun kami tidak pernah kalah kepada Thailand tapi kami tetap tidak boleh ambil mudah," katanya pula.