Rasa bersalah yang menebal membuatkan Ai Xin berasa dia perlu memikul sepenuhnya tanggungjawab.
Pagi ini di Morodok Table Tennis Hall, Pasukan Ping Pong wanita kebangsaan (merah) sedang beraksi menentang Thailand di perlawanan akhir Women’s Team. #SEAGames32 #Cambodia2023 #OlympicMAS pic.twitter.com/4UNtjEKZci
— Olympic Malaysia ??? (@olympicmas) May 11, 2023
"Saya mengetahui mata itu amat penting buat pasukan kami. Saya memohon maaf kerana gagal mendapatkan peluang Malaysia untuk meraih pingat emas," kata Ai Xin.
"Mara ke final adalah sesuatu yang mengejutkan kerana kami berada dalam kumpulan yang sama dengan Singapura. Kami menewaskan mereka dan itu merupakan pencapaian yang sangat baik."
Rakan sepasukan, Alice Chang bagaimanapun pantas menepis apa yang dirasai Ai Xin sebaliknya menegaskan rasa kecewa itu adalah perkara yang normal.
Cuma hasrat mencipta sejarah baru buat sukan pingpong negara tidak kesampaian.
"Pasukan mara ke final adalah mencapai sasaran kami. Beraksi di final, kami mahu memenangi pingat emas, terdapat perasaan kecewa namun kami akan cuba untuk bangkit dalam Sukan SEA akan datang," kata Alice.