Sehari sebelum bermula acara, skuad karate negara menjalani sesi latihan ringan sebagai persediaan akhir.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF), Datuk Nur Azmi Ahmad, berkongsi perkembangan bahawa skuad negara kini memberi fokus memungut tiga pingat emas Sukan SEA Kemboja terlebih dahulu sebelum memikirkan sasaran pingat yang lain.
Ia selepas Azmi mendedahkan bahawa MAKAF telah pun menyasarkan tiga emas lagi menerusi acara berbeza.
"Sasaran tiga emas adalah wajib walaupun saya mempunyai sasaran peribadi sebanyak tiga emas lagi dalam beberapa kategori," katanya.
Selain itu, Azmi turut menyatakan bahawa dia optimis keputusan pengadil dalam temasya Sukan SEA kali ini tidak akan mempunyai sebarang unsur berat sebelah.

"Pengerusi Teknikal terdiri daripada pegawai dari Malaysia selain penggunaan rujukan rakaman sejak apa yang berlaku di Hanoi.
"(Cuma) masalah ialah venue pertandingan sahaja yang hanya mampu memuatkan 150 penonton.
"Selain daripada itu semuanya OK termasuk atlet dan perkampungan sukan," katanya.