Skip to main content

Hoki

Sukan SEA Kemboja: Skuad hoki dalam dewan wanita atasi saingan sengit Indonesia sebelum ke final

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hoki-dalam-dewan.jpeg
Skuad hoki dalam dewan wanita negara mengatasi badi menentang Indonesia untuk menempah tempat ke final Sukan SEA Kemboja 2023 di Dewan Rong Roeung, Phnom Penh hari ini.

Skuad negara berada dalam tekanan yang cukup tinggi berdepan Indonesia, yang pernah menewaskan mereka dalam separuh akhir Piala Asia tahun lalu.

Walaupun keputusan seri sudah cukup untuk skuad negara mengiringi Thailand ke final, tragedi di Bangkok pada Disember lalu itu jelas tidak mahu diulangi mereka.

Malaysia berhasil meraih kemenangan 4-2 hasil jaringan hatrik Iren Husin dan satu gol daripada Nur Atira Mohamad Ismail untuk ke perlawanan penentuan pingat emas petang esok.

Nur Atira berkata kepada Astro Arena: "Kami mengikuti segala struktur perancangan yang jurulatih berikan hari ini dan kami melakukannya dari suku ke suku permainan untuk menjaringkan gol.

"Jadi, Alhamdulillah, semua pemain berpuas hati dengan prestasi hari ini."


 

Advertisement

Must Watch Video