Skuad badminton berpasukan lelaki negara menamatkan saingan dengan meraih pingat perak selepas tewas kepada Indonesia dalam saingan Sukan SEA Kemboja, sebentar tadi.
Leong Jun Hao memberikan mata pertama buat Malaysia apabila menewaskan lawannya, Chico Aura Dwi Wardoyo dalam dua set.
Bermain agresif, Jun Hao tidak memberikan peluang kepada Chico dengan mengasak sebaik perlawanan dan berjaya menang set pertama 21-16.
Set kedua, Jun Hao meneruskan momemtum itu untuk menang dengan mudah 21-13.
Indonesia, bagaimanapun berjaya menjadikan kedudukan 1-1 dalam acara beregu lelaki apabila gandingan ke-14 dunia, Bagus Maulana-Muhammad Sohibul Fikri, menewaskan Goh Boon Zhe-Rayner Beh.
Pasangan Indonesia itu menang set pertama 21-12 selepas gandingan Malaysia gagal untuk saingan kepantasan lawan.
Tetapi dalam set kedua, Boon Zhe-Rayner bangkit memberikan tentangan dan hampir lagi mengheret perlawanan ke set penentuan, namun malang tidak kesampaian apabila tewas 20-22.
Menuju perlawanan ketiga, Malaysia menurunkan perseorangan kedua negara, Lee Shun yang menentang Christian Adinata.
Shun yang memberi tentangan terutama dalam set pertama tetapi masih belum dapat memberi saingan apabila tewas 21-17.
Set kedua, Shun yang langsung tidak melawan apabiila nampak tidak bermaya dan kalah mudah 21-9 untuk indonesia mendahului 2-1.
Dan Indonesia memastikan pingat emas milik mereka apabila berjaya meraih mata kemenangan saingan beregu kedua,