Atlet pencak silat negara, Nor Farah Mazlan, tidak dapat menahan air mata apabila berjaya membuktikan dirinya menerusi kejayaan mara pentas akhir Sukan SEA Kemboja.
Pengalaman pahit dalam kemunculan pertama, edisi 2019 di Hanoi, menjadi dorongan buatnya membuktikan kredibiliti sebenar di pentas Sukan SEA.
Nor Farah yang menewaskan Firdao Duromae dari Thailand dengan keputusan 58-36 dalam perlawanan separuh akhir tanding A kategori 45-50kg berkongsi perasaan kepada wartawan Astro Arena, Syen Yeoh, bahawa dia enggan pulang ke tanah air dengan kekecewaan kali kedua.
"Banyak pengorbanan dalam aspek pengajian, masa dan tenaga yang dicurahkan dengan sepenuh hati.
"Saya sudah bersedia untuk berjuang habis-habisan dalam final dan memenangi pingat emas," katanya menjelang aksi esok.