Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA Kemboja: Misi emas skuad lari berhalangan lelaki

mat-redho-larian-berhalangan.jpg
"Kami tidak mahu bagi mereka pingat emas lagi" 

Demikian laungan kapten skuad lari berhalangan, Mohd Redha Rozlan, selepas mara ke final acara berpasukan dengan catatan masa 25.62 saat.

Walaupun skuad negara bermula dengan dua kesilapan dalam percubaan pertama sebelum bangkit menerusi percubaan kedua dengan mencatat masa 0.2s lebih pantas daripada juara edisi 2019, Filipina.


"Kami sebenarnya menyasarkan catatan peribadi terbaik di bawah 24s, tapi kami hanya ada satu peluang selepas kesilapan dalam percubaan pertama.

"Kami sebenarnya mengharapkan jumpa Indonesia dalam final. Kami tidak rasa kami akan beri lagi emas kepada Filipina," katanya di Nadi Arena. 

Malaysia dijadualkan bertemu Filipina pada Sabtu ini, manakala pemburuan pingat gangsa bakal menyaksikan pertemuan di antara Indonesia dan Laos.

Skuad wanita pula yakin 100 peratus dalam peluang meraih gangsa dalam kategori berpasukan apabila dijadualkan bertemu tuan rumah selepas ini.

Ia susulan kemampuan mencatat masa 48.24s menentang Filipina dalam pusingan penyingkiran.

"Kami tidak begitu berpuas hati dengan persembahan hari ini tetapi sudah cuba yang terbaik. 

"Adakalanya tekanan dan suasana pertandingan juga memainkan peranan. Jadi kami mahu menebus kekecewaan ini dengan gangsa," kata wakil negara, Ong Sher Lyn.

Advertisement

Must Watch Video