Persoalan sama ada penganjur Sukan SEA Kemboja 2023 bersedia atau sebaliknya mungkin boleh diterjemahkan menerusi penyediaan dan keadaan terkini kemudahan terutama membabitkan Kompleks Sukan Morodok Techo.
Berbaki tiga hari tirai temasya dwitahunan itu disingkap, timbul beberapa isu di perkampungan sukan yang boleh menyumbang kepada kesihatan dan keselamatan atlet negara sepanjang berada di Phnom Penh.
" Tampak nampak OK cuma adakala kami boleh bertembung dengan pekerja pembinaan.
"Ia boleh mengundang kecederaan tapi mujur setakat ini tiada kejadian malang yang tidak berbau.
"Kalau duduk di luar terlalu lama mungkin boleh menjejaskan kesihatan disebabkan keadaan di sini agak berhabuk tapi di dalam penginapan baik, " kata atlet lari berhalangan, Celine Ong.
Menurut rakan sepasukannya, Wan Athirah Ahmad Fuzli, pula berkata: "Bilik di sini agak sempit dan ada yang belum siap jadi atlet terpaksa bersesak."
Bagaimanapun, penyediaan makanan menepati kebersihan yang diperlukan selain kepentingan nutrisi yang diberi tumpuan sepanjang saingan berlangsung.
"Makanan di sini sedap dan menyihatkan.
"Saya siap sukat suhu makanannya dan ia membuktikan penyediaannya yang bersih selain pelbagai pilihan halal di sini," kata seorang lagi atlet lari berhalangan, Renee Tan.