Impian meraih pingat emas Sukan SEA, Ogos ini, tidak pernah terpadam buat atlet lawan pedang negara, Natasha Ezzra Abu Bakar, walaupun terbabit dalam kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kecederaan kakinya, bulan lalu.
Natasha, atlet lawan pedang acara foil, mengalami kemalangan berhampiran Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.
Kecederaan teruk pada bahagian kaki hampir memusnahkan impiannya untuk beraksi dalam Sukan Sea.
Namun, semangat membara menyaksikan atlet kelahiran Johor itu tidak mengaku kalah untuk memburu emas sulungnya dalam temasya itu.
"Saya tidak dapat menyertai kejohanan di Shanghai kerana belum pulih daripada kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan.
"Ia mengganggu persiapan saya tetapi keadaan saya sudah pulih selepas berehat hampir sebulan," katanya.
Atlet berusia 26 tahun itu hanya menjalani latihan ringan dan tidak sempat menyertai Grand Prix Dunia di Shanghai, China, bermula Jumaat ini.
Skuad lawan pedang kini dibarisi 20 atlet untuk merebut 12 tempat ke Sukan SEA, 19-31 Ogos ini.
Selepas jaguh sabre, Yu Peng Kean, bersara Januari lalu, tumpuan terarah kepada atlet epee, Joshua Koh I-Jie, untuk mencapai sasaran sekurang-kurangnya satu emas.
"Dengan pengalaman yang ada, saya akan membantu atlet muda mempamerkan aksi terbaik.
"Bagi diri sendiri pula, saya akan memberi fokus kepada persembahan saya nanti," katanya.