Jumlah penajaan Sukan SEA Kuala lumpur 2017 semakin menghampiri sasaran RM80 juta selepas Petronas diumumkan selaku penaja platinum.
Penyertaan Petronas itu menyaksikan Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (MASOC) kini sudah mempunyai RM71 juta nilai tajaan dalam bentuk tunai serta barangan.
Lantas, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, memberi keyakinan sasaran RM80 juta akan dicapai dalam sedikit masa lagi dengan perbincangan bersama beberapa lagi syarikat sedang berjalan.
Majlis pertukaran dokumen tajaan membabitkan Petronas dan MASOC berlangsung hari ini sambil disaksikan Khairy dan juga Ketua Pegawai Eksekutif MASOC, Datuk Seri Zolkples Embong, manakala Petronas diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin.
Kerjasama ini juga menyaksikan Petronas menjadi rakan bahan api rasmi Kuala Lumpur 2017 dan akan digunakan pada 300 kenderaan rasmi temasya berkenaan.
"Jumlah semasa ketika ini adalah RM71 juta. Ini termasuk tajaan oleh Petronas.
"Antara lain yang kita sedang bincangkan ketika ini ialah iklan khusus Petronas untuk Kuala Lumpur 2017 dan penglibatan Petronas dalam larian obor di KLCC nanti," jelas Khairy.
Dalam pada itu, Khairy turut mengumumkan penjualan barangan rasmi Kuala Lumpur 2017 akan bermula pada Julai ini.
Menerusi kerjasama dengan Petronas, barangan rasmi akan didapati di beberapa stesen minyak Petronas yang terpilih selain penjualan di venue pertandingan.