Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Joshua masih bersemangat buru pingat

joshua-koh.jpg
Ketiadaan program kebangsaan tidak membunuh semangat atlet lawan pedang negara, Joshua Koh, untuk memburu pingat dalam Sukan SEA Filipina, November depan.

Jaguh negara itu mempunyai sejarah gemilang di pentas Sukan SEA selepas memenangi pingat emas kategori epee dalam edisi di Indonesia pada 2011.

Bagaimanapun, Kegagalan Persekutuan Lawan Pedang Malaysia (MFF) menyediakan program efektif mengagalkan sebarang usahannya untuk meneruskan kesinambungan kejayaan tersebut.

Ia menyaksikan tiada pingat diraih Joshua dalam temasya Singapura 2015 sebelum bangkit memenangi pingat gangsa dalam temasya Kuala Lumpur 2017.

Persiapan menjelang Sukan SEA Filipina juga boleh disifatkan hambar ketika dia terpaksa mengharungi setiap program persiapan secara bersendirian.

"Tahun ini, kami memenangi beberapa kejohanan, termasuk Kejohanan Asia.

"Berdasarkan keputusan, ia boleh menjadi lebih baik, namun ia bukanlah terlalu buruk buat saya.

"Daripada segi latihan, ia bukanlah situasi yang ideal kerana kami sepatutnya sudah bersedia sejak lama dahulu.

"Namun, kami hanya perlu melakukan yang terbaik dan harap-harap semuanya akan menjadi lebih baik.

"Terdapat lebih banyak perancangan untuk berlatih pada masa akan datang menjelang Sukan SEA," katanya.

Advertisement

Must Watch Video