Pelari pecut negara, Jonathan Nyepa, terpaksa menarik diri daripada kem latihan di Filipina ekoran mengalami kecederaan ketika latihan, namun akan tetap mengibar cabaran dalam Terbuka Thailand, 12 Jun ini.
Walaupun kecederaannya tidak serius, ia sedikit-sebanyak mengganggu rentak larian pelari berusia 21 tahun itu yang terpaksa melupakan kem latihan skuad pecut di Filipina di bawah kendalian jurulatih Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Mohd Poad Kassim.
"Kalau berlatih di Institut Sukan Negara (ISN), banyak program yang akan dipantau jurulatih dan jika ada program yang tidak bersesuaian, jurulatih akan membuat perubahan.
Tetapi di Filipina, agak sukar untuk menyesuaikan program dengan diri saya," ujar Jonathan.
Ketika ini, Jonathan masih belum melepasi had kelayakan Sukan SEA, 10.45 saat.
Catatan terbaiknya musim ini ialah 10.62s ketika menyertai kem latihan dan kejohanan di Afrika Selatan, Mac lalu.
Apa yang menarik, dia berpeluang menguji saingan dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 apabila dilaporkan Terbuka Thailand bakal disertai bintang utama seperti penyandang pingat emas Sukan SEA, Eric Cray, selain Khairul Hafiz Jantan.
Masih ada dua kejohanan buat atlet olahraga negara merebut peluang mewakili negara dalam Sukan SEA, Ogos nanti, dengan kejohanan paling hampir adalah Terbuka Thailand (12-15 Jun) dan Terbuka Malaysia menjadi medan terakhir.