Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mengesahkan Jonathan Nyepa dan Khairul Hafiz Jantan akan mengisi slot 100 meter buat skuad olahraga negara dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 sementara Zaidatul Husniah Zulkifli perlu menunggu sehingga berakhirnya Terbuka Malaysia, 18 Julai ini, untuk mengetahui gandingannya dalam acara wanita.
Jonathan dan Khairul Hafiz muncul pelari terpantas Malaysia musim ini.
Jonathan mencatat 10.28 saat ketika meraih pingat perak dalam Terbuka Korea, minggu lalu, manakala Khairul Hafiz melakar 10.31 saat ketika menjuarai Terbuka Thailand.
Catatan itu bermakna mereka adalah pelari terpantas negara dan paling layak mengisi dua slot acara riben biru 100m dalam Sukan SEA, Ogos depan.
Bagi acara wanita, Zaidatul boleh menarik nafas lega apabila tempatnya terjamin walaupun catatan 11.45 saatnya masih belum diiktiraf sebagai rekod kebangsaan.
Slot terakhir 100m wanita akan menjadi perebutan di antara S. Komalam Shally dan Siti Fatimah Mohamad yang akan beraksi dalam Kejohanan Trek dan Padang Asia di India, Khamis ini.
"Kami tidak berdepan sebarang masalah kerana Khairul telah membuktikan kebolehannya dalam Terbuka Thailand. Walaupun dia belum mencapai catatan terbaiknya, dia masih ada masa," kata Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim.
Sementara itu, pengurus skuad olahraga, Datuk Salim Parlan, menjelaskan bahawa setiap atlet akan dinilai terlebih dahulu sebelum menamakan calon yang akan bertanding dalam temasya Kuala Lumpur.
"Kita diberi dua nama selalunya tetapi kita ada lagi beberapa nama yang perlu dilihat. Pengumuman nama akan dibuat selepas Kejohanan Terbuka Kebangsaan nanti," katanya.