Atlet lempar cakera negara, Muhd Irfan Shamsuddin, menjelaskan dia akan berada pada tahap lebih baik dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 selepas memecahkan rekod kebangsaan tiga kali pada Mei lalu.
Pemuda berasal dari Negeri Sembilan ini mengakui tiada istilah berada di kemuncak prestasi bagi atlet lempar cakera.
Malah, jika tidak kerana kecederaan, dia mungkin mampu memecahkan catatan rekod kebangsaan, 62.55 meter, dalam satu lagi dalam saingan Kejohanan Eropah selepas beraksi di Austria.
Justeru, Irfan memberi bayangan bukan sahaja mahu mempertahankan pingat emas yang dimenangi dalam dua edisi Sukan SEA sebelum ini tetapi meletakkan sasaran mahu mencipta rekod baru kebangsaan.
"Dalam acara balingan, tiada istilah berada di kemuncak prestasi. Kami mampu memberikan yang terbaik pada bila-bila masa. Segala-galanya bergantung kepada kekuatan mental," katanya.
Bagi atlet lompat kijang negara, Muhd Hakimi Ismail, dia tidak lagi dihantui perasaan bimbang mendapat kecederaan menjelang kurang dua minggu Sukan SEA 2017 akan bermula.
Pengalaman yang ditempuhnya selama dua tahun ini sejak Sukan SEA Singapura 2015 banyak mematangkannya ketika berdepan masalah kecederaan.
"Saya kini lebih mengetahui mengenai keadaan fizikal saya. Tumpuan saya adalah pada cara untuk mencegah daripada sebarang kecederaan," kata Hakimi.