SUKAN SEA
Sukan SEA Hanoi: Tze Liang butirkan emas ketiga
Penerjun negara, Ooi Tze Liang, membutirkan pingat emas ketiga buat kontinjen Malaysia dalam saingan Sukan SEA Hanoi selepas mengungguli saingan acara 1 meter papan anja individu, sebentar tadi.
Selaku penerjun senior, Tze Liang membuktikan dia berada pada kelas tersendiri ketika beraksi dalam acara kegemarannya 1 meter papan anjal lelaki.
Tze Liang tamatkan saingan dengan terjunan yang hampir sempurna di Kolam Renang My Dinh, Hanoi untuk meraikan emas ke-12 di pentas Sukan SEA.
Iklan
Penyertaan Betrand dijangka mampu memperoleh podium, dengan dia dicabar penerjun Thailand, Chawanwat Junthaphadawon yang seringkali bertukar kedudukan dua dan tiga -- di sebalik kegugupan di terjunan pertama yang menyaksikan dia hanya merekod 27.90 mata.
Selepas berjaya mempertahan emas dalam acara 3m papan anjal seirama bersama Chew Yiwei semalam, atlet kelahiran Pulau Pinang itu dijangka tiada masalah untuk membawa pulang emas ketiga Malaysia dalam acara perseorangan pula.
Selepas berada di belakang penerjun Thailand pada terjunan pertama, Tze Liang melakukan satu terjunan yang hampir sempurna untuk mengutip 62.40 mata.
Tze Liang terus menambah darjah kesukaran di terjunan ketiga untuk meraih 66.00 mata.
Sebelum terjunan kelima sedikit menggusarkan apabila Tze Liang tidak berjaya mengekalkan mata di atas 60 mata sebelum memastikan persembahan cemerlang bagi membutirkan emas buat kontinjen negara.
Dan sejarah juga tercipta buat seorang lagi penerjun negara, Betrand Rhodict apabila meraih pingat gangsa pada penampilan pertamanya dalam temasya dwitahunan itu.
Must-Watch Video