Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Sukan Lain

Sukan SEA Hanoi: Terjun sandaran emas sulung

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nur-dhabitah.jpg
Chef-de-mission (CDM), Datuk Paduka Nur Azmi Ahmad, menjanjikan insentif serta-merta kepada atlet yang berjaya menyumbang pingat emas buat Malaysia dalam Sukan SEA Hanoi bulan depan. 

Nur Azmi menganggap ia sebagai pembakar semangat agar atlet merealisasikan harapan Malaysia untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.

Seramai 282 atlet negara melaporkan diri di Majis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, untuk latihan pusat selama 12 hari bermula hari ini hingga 5 Mei depan sebelum kontinjen Malaysia bertolak ke Vietnam keesokan harinya. 

"Ini untuk atlet sendiri. Saya tegaskan kepada semua atlet bahawa ini adalah KPI (petunjuk prestasi utama) paling penting dalam permulaan bekerja. 

"Tunjukkan usaha kerja itu pada hari ini untuk mencapai (gemilang dalam) lima temasya akan datang, iaitu Sukan Komanwel, Sukan Asia, Sukan Olimpik dan Sukan SEA seterusnya. 

"Pada hari pertama atau 8 Mei depan, saya dah nampak dua kilauan pingat emas daripada sukan terjun," katanya. 




Sementara itu, penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri selaku pembawa Jalur Gemilang tidak tertekan walaupun perlu melunaskan misi lebih awal bagi menyemarakkan kontinjen Malaysia.

"Kami memulakan saingan pada awal kempen jadi semua menjangkakan emas sulung negara menerusi kami, cuma tidak tahu lagi dalam kategori apa.

"Saya cuma mahu buktikan kepada diri sendiri bahawa saya mahu menjadi lebih baik daripada sebelum ini." 
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video