Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA Hanoi: Skuad boling tenpin negara terlepas podium

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shahrukh-boling-tenpin.jpg
Skuad boling tenpin negara terus kempunan untuk meraih pingat Sukan SEA Hanoi selepas pasukan lelaki berpasangan gagal menyaingi Indonesia dan Singapura dalam final.

Bagaimanapun, Shahrukh Amin Zulkifli dan Hafiz Zainuddin muncul sebagai pencabar terdekat menuju ke balingan dalam set terakhir berbanding satu lagi pasangan, Nevern Netanel Marcellinus dan Syazirol Shamsudin.

Shahrukh Amin dan Hafiz menamatkan final di tangga keenam sementara Nevern Netanel dan Syazirol di kedudukan ke-10.

Pingat emas diraih Indonesia sementara perak dan gangsa milik Singapura.

Skuad negara akan turun dalam acara berpasukan pula selepas ini.

 

Advertisement

Must Watch Video