Barisan kejurulatihan sepak takraw negara masih enggan mendedahkan kombinasi pemain khususnya membabitkan regu utama negara dalam Sukan SEA Hanoi dari 12-23 Mei depan.
Ketiadaan beberapa nama besar seperti Syahir Rosdi, Zulkifli Abdul Razak, serta perejam sensasi, Azlan Alias, mencetus polemik tentang keupayaan skuad sepak takraw negara dalam kejohanan dwitahunan itu.
Hanya tiga nama sahaja yang masih dikekalkan daripada skuad temasya Filipina 2019 iaitu Afifuddin Razali, Muhammad Zarif Marican Ibrahim Marican serta Aidil Aiman Zawawi dengan baki sembilan pemain lagi langsung tidak pernah beraksi dalam Sukan SEA.
Bagi bekas pemain kebangsaan negara, Hafizie Manap, biarpun skuad kali ini rata-ratanya muda tetapi ia bukanlah sesuatu yang perlu dikhuatiri memandangkan di Manila, tiga tahun lalu, Malaysia juga turun tanpa Syahir dan Zulkifli tetapi masih mampu membawa pulang dua pingat perak dan satu gangsa.
"Sepatutnya mereka diberi peluang untuk tonjolkan bakat mereka.
"Mereka mungkin agak cetek daripada segi pengalaman tapi kehadiran mereka akan memberi tekanan kepada pemain senior walaupun mereka sendiri pasti berdepan tekanan untuk mengharungi kejohanan antarabangsa pertama.
"Tapi daripada segi fizikal, saya pasti muka baru ini mampu melakukan sesuatu dalam Sukan SEA kali ini," kata Hafizie.