SUKAN LAIN
Sukan SEA Hanoi: Indonesia nafi emas recurve berpasukan campuran negara
Khairul Anuar Mohamad-Syaqiera Mashayikh terlepas pingat emas sulung Sukan SEA Hanoi menerusi acara memanah apabila dinafikan peserta Indonesia.
Wakil negara itu tewas 2-6 kepada Riau Salsabilla Ega Agata-Reza Octavia di sebalik memulakan aksi recurve berpasukan campuran berkenaan di Pusat Latihan Sukan Nasional dengan baik.
“Apabila sudah dapat markah yang baik saya ingin lebih lagi dan fokus kami dalam panahan semakin longgar.
Iklan
"Di situlah kesilapan saya sendiri, selain itu aksi panahan saya di sini juga agak kurang.
“Tetapi dalam apa keadaan sekalipun saya berpuas hati sebab kami sentiasa buat terbaik, kami tidak mempertikaikan kemenangan sebab sudah buat yang termampu," katanya.
Khairul Anuar dan Syaqiera turut menyumbang gangsa dalam recurve individu lelaki dan wanita.
Pemanah dari Terengganu itu juga menyambar gangsa recurve berpasukan lelaki ketika beraksi di samping Bryson Tiew dan Muhammad Zarif Syahir Zolkepeli.
Must-Watch Video