SUKAN SEA
Sukan SEA Hanoi: Hamidin mahu skuad B23 tepis kritikan luar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, mahu anak buah Brad Maloney mengetepikan kritikan yang dilemparkan segelintir penyokong menjelang pertemuan peringkat kumpulan Sukan SEA Hanoi bertemu Laos Rabu ini.
Walaupun terdapat kumpulan kecil memandang enteng kejayaan skuad muda negara membenam Thailand, Hamidin berharap pemain menjadikan pengalamannya sebagai pengurus skuad yang memenangi emas Sukan SEA Jakarta 2011 sebagai pembakar semangat.
"Untuk berjaya, keperitan perlu dihadapi luar dan dalam padang. Ketika di Indonesia, skuad negara berdepan banyak dugaan dan kami berjaya melakukannya," kata Hamidin menerusi Nadi Arena.
Iklan
"Saya percaya dengan kemampuan skuad ini dan mengambil satu perlawanan demi perlawanan untuk menghadirkan aksi terbaik dalam saingan kali ini."
Hamidin bersama Chef de Mission Sukan SEA Vietnam, Datuk Nur Azmi Ahmad, mengadakan tinjauan latihan skuad B23 negara di Nam Dinh hari ini, mereka sempat melawat dua pemain yang mengalami kecederaan iaitu Azam Azmi Murad serta Hairiey Hakim Murat.
Must-Watch Video