Sukan SEA Hanoi dibuka secara rasmi dalam upacara perasmian di Kompleks Sukan My Dinh sebentar tadi.
Upacara dimulakan dengan acara menaikkan bendera tuan rumah dan nyanyian lagi kebangsaan Vietnam sebelum penonton dihidangkan dengan pelbagai persembahan berunsurkan adat-istiadat dan budaya tradisional negara itu, antaranya persembahan hologram naga emas gergasi dan tarian bunga teratai.
Kontinjen negara berarak masuk sebagai kontinjen kelima selepas Brunei, Kemboja, Indonesia dan Laos.
Diwakili 31 individu diketuai Chef-de-mission (CDM), Datuk Nur Azmi Ahmad, dan pembawa bendera, Nur Dhabitah Sabri, daripada sukan terjun, kontinjen negara tampil berbeza dengan berbaju ala batik berwarna kuning, hitam dan putih dengan motif kepala harimau di bahagian kanan.
Nur Azmi pula segak bergaya berpakaian songket bagaikan pahlawan Melayu sambil Nur Dhabitah tampil anggun memperagakan busana dengan rona biru dan bersanggul lintang bagaikan puteri.
Pembukaan Sukan SEA ke-31 Vietnam kemudian dirasmikan oleh Presiden negara itu, Nguyen Xuan Phuc, dan disusuli dengan persembahan bunga api.
Dalam edisi Sukan SEA kali ini, Malaysia turun dengan dengan kekuatan 612 atlet yang akan bertanding dalam 37 daripada 40 jenis sukan selain 206 pegawai dengan sasaran 36 pingat emas.