BINA BADAN
Sukan SEA Hanoi: Bina badan tambah dua perak, dua gangsa
Skuad bina badan negara menambah koleksi pingat kontinjen negara dalam Sukan SEA Hanoi 2021 dengan tambahan dua perak dan dua gangsa di Pusat Latihan dan Pertandingan Sukan Hanoi hari ini.
Atlet Senior, Buda Ancah, meraih tempat kedua dalam kategori 70 kilogram lelaki selepas menamatkan saingan di belakang wakil Myanmar, Ye Htun Naung, dan menigatasi pemenang pingat gangsa dari Laos, Phouthsavanh Sisomphou.
Turut cemerlang adalah Zmarul Al Adam Pulutan Abdullah, yang meraih pingat perak dalam kategori 75 kilogram lelaki dengan menamatkan saingan di belakang wakil tuan rumah, Duy Thuan Tran Hoang, dan di depan wakil Thailand, Wichai Singthong.
Iklan
Dalam pada itu, Zainal Arif Zainal Ariffin dan Uzair Mat Nor, berhasil menyumbangkan pingat gangsa selepas muncul atlet ketiga terbaik, masing-masing dalam kategori 80 dan 85 kilogram.
Must-Watch Video