Timbalan Presiden Persatuan Sukan Elektronik Kuala Lumpur, Hanezrie Zainol, sedia mempertaruhkan wakilnya untuk menggalas cabaran negara dalam Sukan SEA Filipina 2019 November depan.
Persatuan Sukan Elektronik Kuala Lumpur menganjurkan 'Kuala Lumpur Game Show' bagi mencari wakil Wilayah Persekutuan dalam misi merebut slot ke Sukan SEA musim ini.
Bagaimanapun, wakil yang terpilih perlu dinilai semula di peringkat kebangsaan sebelum disenaraikan untuk menyertai latihan pusat kebangsaan bagi mewakili negara di Filipina nanti.
"Kami mahu memberikan peluang kepada mereka yang mahu melayakkan diri beraksi ke Sukan SEA. Selepas kelayakan dilakukan, senarai atlet e-sukan akan dihantar kepada Majlis Sukan Negara (MSN)," kata Hanezrie.
Sementara itu, Pemangku Setiausaha Sukan Elektronik Malaysia, Azlan Ismail, menagih khidmat pemain profesional yang mempunyai ranking dunia dalam kategori Dota 2 untuk menyertai kem latihan dalam membentuk sebuah pasukan mantap.
Menjelang Sukan SEA 2019, Azlan meletakkan sasaran satu pingat emas dalam kategori Mobile Legend dan tiga perak melalui acara yang lain seperti Dota 2, Tekken 7, Starcraft II dan Arena of Valor.
"Pemilihan atlet yang bakal beraksi dalam Sukan SEA Filipina akan dilakukan oleh MSN menerusi senarai nama yang akan kami keluarkan," kata Azlan.