Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Hakimi mahu sertai kejohanan lebih mencabar

010517hakimi.jpg
Atlet lompat kijang, Muhammad Hakimi Ismail, menuntut latihan dan kejohanan lebih mencabar menjelang saingan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 ketika mempertahankan kilauan emas dua tahun lalu adalah keutamaannya.

Hakimi memerlukan cabaran lebih tinggi bagi menentukan prestasi sebenarnya ketika ini.

Justeru dia menuntut persediaan di luar negara dengan menyasarkan Eropah atau Amerika Syarikat sebagai tempat bertapa untuknya.

Hakimi memberikan bayangan sesi latihan dan kejohanan luar negara bakal diputuskan dalam masa terdekat dan berlangsung sebelum sambutan Aidilfitri.

"Sasaran saya adalah cuba mendapatkan keputusan yang baik. Saya perlu menjalani saingan dalam kejohanan yang memiliki atlet lebih baik daripada saya kerana ia akan membantu memberikan lonjakan buat saya," katanya.

Dua tahun lalu di Singapura, Hakimi menghadirkan pingat emas lompat kijang selepas tempoh 18 tahun selain turut memperbaharui rekod Sukan SEA menerusi lompatan sejauh 16.76 meter.

Sekalipun tertekan dengan sasaran mengekalkan emas, Hakimi mahu melihat hal itu daripada sudut positif.

"Saya amat memerlukan tekanan untuk bersedia beraksi dalam Sukan SEA, sukar untuk diri saya beraksi tanpa tekanan."

Advertisement

Must Watch Video