Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Hafifi tekad raih emas

18617hafifi.jpg
Atlet angkat berat negara, Hafifi Mansor, menanamkan tekad meraih emas dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos depan walaupun menyedari cabaran sukar yang menantinya.

Hakikatnya, atlet angkat berat negara mempunyai rekod kurang cemerlang dalam saingan angkat berat Sukan SEA, khususnya kategori 69 kilogram yang disertai Hafifi.

Namun, ia tidak mematahkan semangat Hafifi bagi memburu emas kali ini.

Keyakinan Hafifi adalah berlandaskan catatan terkini atlet negara jiran seperti Indonesia menjelang Sukan SEA.

"Persiapan saya berada di tahap terbaik, saya optimis mampu meraih pingat emas buat Malaysia dalam Sukan SEA nanti," katanya.

Hafifi juga sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan bahu kanan yang dialami sebelum ini yang sedikit menjejaskan latihannya.

Atlet kelahiran Terengganu ini kini fokus dengan latihan selama sebulan di China bermula 25 Mei lalu yang juga fasa latihan terakhirnya sebelum ke Sukan SEA.

"Saya gemar berlatih di China kerana ia membenarkan saya untuk memberikan fokus sepenuhnya."

Selain Hafifi, seorang lagi atlet angkat berat negara yang turut berlatih di China ialah Azroy Azalwafie yang juga akan melakukan penampilan sulung di Sukan SEA kali
ini.

"Saya berharap dapat memberikan yang terbaik pada penampilan pertama di Sukan SEA," kata Azroy.

Walaupun penampilan pertama di Sukan SEA, Azroy tekad tidak akan memberi laluan muda buat peserta lain dalam acara bawah 56 kilogram.

Advertisement

Must Watch Video