Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Fuad harapan emas skuad tinju

fuad-redzuan.jpg
Peninju negara, Mohd Fuad Redzuan, mengukuhkan reputasi sebagai prospek terbaik menamatkan kemarau lapan tahun pingat emas sukan tinju di pentas Sukan SEA apabila menjuarai Terbuka Almaty di Kazakhstan, minggu lalu.

Fuad gagal menghadirkan keliauan emas selepas empat percubaan dalam Sukan SEA dengan pingat gangsa menjadi pencapaian terbaik ketika Sukan SEA Myanmar 2013.  

Bagaimanapun, pencapaian tersebut belum cukup memuaskan hati peninju berusia 25 tahun itu.

Terbaru, Fuad muncul juara selepas menewaskan peninju Kyrgyzstan dalam aksi final Terbuka Almaty minggu lalu, sekaligus mengukuhkan reputasi sebagai harapan terbaik negara dalam menamatkan badi emas di temasya dwitahunan itu.

"Masa di Uzbekistan, saya masih belum mendapat rentak tetapi ketika di Kazakhstan, saya mula menemui rentak sebenar.

"Selepas empat kali edisi Sukan SEA, masih tiada rezeki kecuali pingat gangsa di Myanmar, insya-Allah saya akan tamatkan kemarau pingat emas.

"Tetapi segalanya bergantung kepada undian, jika segalanya berjalan dengan baik, insya-Allah pingat emas mampu dimiliki," jelas Fuad.

Kali terakhir skuad tinju merasai emas adalah pada edisi 2009 di Laos menerusi Mohd Farkhan Haron dan Mohd Fairus Azwan Abdullah.

Skuad negara akan menyertai Kejohanan Piala Malaysia di Grik, Perak, minggu depan sebagai acara pemanas badan sebelum pembukaan tirai Kuala Lumpur 2017, bulan depan.

 

Advertisement

Must Watch Video