"Fokus slot ke Sukan SEA, bukan Kejohanan Dunia", itu yang ditegaskan ketua jurulatih renang negara, Paul Birmingham yang memutuskan tidak akan menghantar atlet ke Kejohanan Dunia Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) di Budapest, Hungary pada Julai depan.
Meskipun saingan Terbuka Malaysia yang bakal berlangsung esok menjadi medan untuk barisan perenang negara merebut slot ke Kejohanan Dunia, Birmingham hanya mahu mereka fokus kepada pemilihan akhir ke Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) sahaja.
Beliau menyifatkan keputusan terbabit adalah tepat kerana enggan anak buahnya mengalami keletihan sekembalinya daripada Kejohanan Dunia yang berlangsung di Budapest, bermula 14 hingga 30 Julai hadapan.
Justeru, beliau mengharapkan perenang negara mampu beraksi sebaik mungkin jika mereka benar-benar ingin layak ke temasya dwitahunan itu.
"Banyak perkara yang harus dibincangkan mengenai penglibatan mereka di dalam kejohanan dunia, perkara yang penting adalah memastikan mereka dapat memberikan yang terbaik di Sukan SEA nanti," jelas Paul.
Atlet renang negara, Welson Sim pula tekad mahu memperbaiki catatan masa yang lebih baik berbanding di Kejohanan Renang Kebangsaan Singapura peringkat umur pada Mac lalu yang menyaksikan dia meraih dua pingat emas.
"Persiapan untuk ke Sukan SEA berjalan dengan lancar, saya berharap dapat meraih keputusan yang positif pada Ogos nanti," kata Welson.