Gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi tidak mahu berasa lega dengan prestasi semasa pasukan lain dengan menegaskan setiap pasukan akan menyimpan kekuatan sebenar mereka sehingga hari saingan Sukan SEA membuka tirai.
Skuad negara baru sahaja pulang daripada Kejohanan Asia di Bangkok dengan menamatkan saingan di kedudukan keempat keseluruhan bagi acara berpasukan.
China, Korea Utara dan Jepun memonopoli kedudukan empat teratas, namun Malaysia mampu berlapang dada, berada di kedudukan terbaik jika dibandingkan dengan pasukan Asia
Tenggara yang lain.
Ketika emas berpasukan mahu dipertahankan di Kuala Lumpur 2017, Farah Ann tidak mahu cepat berasa berpuas hati, malah menegaskan Malaysia perlu berhati-hati dengan
taktikal pihak lawan ketika ini.
"Kami perlu sentiasa berjaga-jaga, kerana Malaysia dan negara-negara lain tidak menurunkan skuad yang terbaik dalam kejohanan di Bangkok. Sejak dua tahun lalu,
Filipina serta beberapa negara lain terdapat peningkatan yang mampu menghasilkan kejutan," kata Farah Ann.
Farah Ann juga mahu mempertahankan emas perseorangannya bagi senaman lantai yang diungguli dua tahun lalu di Singapura.
Prestasi Farah Ann semakin meningkat bermula daripada kemunculan kali pertamanya di Sukan SEA Jakarta-Palembang 2011 dan mahu meneruskan kecemerlangan berganda di
laman sendiri.
"Persiapan saya menghadapi Sukan SEA sangat baik, terdapat peningkatan dalam rutin yang saya sediakan untuk Sukan SEA kali ini."