Setiausaha Agung, Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo menjelaskan pihaknya mengutamakan pelarasan bagi tiga perkara utama membabitkan penginapan, pengangkutan dan venue pertandingan menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Ketika tumpuan penuh terarah kepada persediaan atlet negara , ramai terlupa pentingnya bagi negara penganjur mengambil kira kepentingan kontingen negara lain.
Ketika atlet negara bertungkus-lumus memastikan persediaan terbaik dalam fasa ketiga, MOM pula sedang melaksanakan tugas besar membabitkan tiga perkara penting seperti penginapan, pengangkutan, dan venue pertandingan.
Ada beberapa kekangan yang sedang melambatkan proses penyediaan ketiga-tiga perkara utama namun MOM telah pun menyediakan pelan kedua seandainbya berlaku beberapa isu di luar jangkaan.
Tiga perkara ini memainkan peranan penting dalam mencerminkan Malaysia selaku pasukan tuan rumah.
Kejayaan penganjuran di Singapura jadi penanda aras buat Malaysia memastikan agar temasya kali ini berjalan dengan lebih baik.
"Kemungkinan negara lain menganggap Maaysia tidak pernah gagal menjadi negara penganjur jadi sudah tentu mereka meletakkan penanda aras yang tinggi.
"Selepas melihat kelancaran Sukan SEA Singapura sudah tentu kami mahu menganjurkan Sukan SEA yang lebih baik," kata Beng Choo.
Prestasi atlet merupakan peranan utama dalam menjaga air muka Malaysia selaku negara penganjur.
Tegas Beng Choo, atlet yang bakal membawa nama Malaysia telah pun dipilih di kalangan yang terbaik dan pastinya tidak timbul isu tangkap muat.
"Tidak akan berlaku di mana atlet yang diserap adalah sekadar mengisi kuota semata-mata. Apa yang menarik tentang Sukan SEA ialah atlet remaja kita tidak pernah mengecewakan," tegasnya.
Sokongan daripada semua pihak penting untuk menjayakan Kuala Lumpur 2017 ketika kontingen negara menyasarkan gelaran juara keseluruhan dalam penganjuran kali ini.
Selebihnya sudah pasti semua sedia maklum, penganjuran kali ini menekankan aspek bebas doping terutama membabitkan keseluruhan atlet negara dengan menegaskan penarikan pingat selepas ujian doping ibarat menjatuhkan air muka negara sendiri.