Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Ezuan tekad pamer peningkatan acara 50 meter rifle prone

ezuan-030517_1.jpg
Atlet menembak negara, Muhammad Ezuan Nasir Khan, bertekad meneruskan momentum cemerlang dalam acara 50 meter rifle prone menjelang Kejohanan Asia Tenggara (SEASA) 2017 yang bermula hari ini. 

Ezuan cemerlang mengungguli acara itu dalam dua pertandingan berturut-turut sebelum ini. 

Bermula dengan Trofi Tun Haniff -- memecah rekod baru kebangsaan -- Ezuan meneruskan rentak itu dalam saingan Trofi Presiden Ally Ong, awal bulan ini. 

Lantaran itu, rentak konsisten itu akan cuba dikekalkannya, apatah lagi Kejohanan SEASA bakal menampilkan beberapa atlet yang dianggap pencabar utama dalam temasya Sukan SEA Kuala Lumpur, dari 19 hingga 30 Ogos depan. 

"Dalam acara 50 meter rifle prone ini, prestasi saya semakin meningkat menerusi pungatan mata. 

"Saya akan meneruskan latihan harian seperti biasa. 

"Saya akan terus mengikut program yang ditetapkan jurulatih sambil mengekalkan tahap persembahan saya," katanya. 

Selepas Kejohanan SEASA, skuad menembak negara akan ke Korea Selatan untuk menjalani latihan serta beberapa siri pertandingan di sana. 

Ia merupakan sebahagian persiapan untuk menghadapi Sukan SEA nanti. 

Kejohanan Menembak Kebangsaan pada Julai depan dijangka menjadi medan penentu siapa yang akan memasuki senarai akhir ke temasya dwi-tahunan itu. 

"Selepas Kejohanan SEASA, kami akan menjalani latihan di Korea selama 45 hari. 

"Sepeas itu, kami akan menyertai Kejohanan Menembak Kebangsaan di tanah air sebelum menghadapi Sukan SEA."

Advertisement

Must Watch Video