Penembak lelaki kebangsaan, Ezuan Nasir Khan, yang mempamerkan prestasi tidak menghampakan apabila meraih pingat emas acara 50 meter rifle prone individu dalam Kejohanan Menembak Asia Tenggara (SEASA) enggan berasa selesa dengan tempatnya ke Sukan SEA Kuala Lumpur dari 19 hingga 30 Ogos depan.
Dalam kempen SEASA, dia turut memecah rekod kebangsaan dengan catatan 247.30 mata.
Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) telah menyenaraikan nama 21 atlet ke Sukan SEA kepada Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.
Bagaimanapun, dia tidak mahu memikirkan kedudukan sudah terjamin selagi masih belum mendapat pengesahan mengenai senarai nama berkenaan.
"Terima kasih kepada Majlis Sukan Negara (MSN) kerana sudi mengambil semula saya selepas digugurkan dalam Program Podium.
"Saya kini diserapkan dalam program MSN.
"Jadi, saya boleh fokus untuk menjalani latihan dan fokus untuk menghadapi saingan Sukan SEA," katanya.