Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Eu Jin gembira hoki ais negara semakin dikenali

hoki-ais-030517.jpg
"Umpama mimpi menjadi kenyataan." Demikian luahan ketua pasukan hoki ais negara, Yap Eu Jin, yang semakin tidak sabar untuk beraksi di hadapan rakyat Malaysia dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 selepas 14 tahun berkecimpung dalam sukan berkenaan. 

Sudah berusia 30 tahun, Eu Jin berasakan Sukan SEA dari 19 hingga 30 Ogos depan mungkin menjadi pengalaman terindah dalam kariernya dan secara tidak langsung menjadi motivasi terbaik untuknya menggapai pingat emas untuk negara. 

Malah, dia melihat platform Sukan SEA mampu membantu mempromosikan hoki ais agar lebih dikenali peminat sukan tanah air. 

"Sudah 14 tahun saya berkecimpung dalam sukan hoki ais ini.

"Dengan Sukan SEA, saya harap sukan ini akan terus berkembang dan meraih pendedahan yang lebih meluas. 

"Ini kerana majoriti rakyat negara ini tidak tahu bahawa kita mempunyai pasukan kebangsaan," katanya.  

Dalam masa yang sama, Eu Jin berasakan mereka perlu bekerja keras jika mahu meraih sebarang pingat dalam temasya itu nanti. 

Bukan sahaja Thailand dilihat sebagai pencabar utama tetapi beberapa negara seperti Singapura dan Filipina juga mampu menjadi penghalang. 

"Bukan sahaja Thailand, malah semua pasukan yang terbabit dalam Sukan SEA ini mahukan kemenangan. 

"Sukan ini sukar diramal, tetapi kami pasti melakukan yang terbaik untuk meraih podium."


 

Advertisement

Must Watch Video