Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Emas tetap keutamaan Hafifi

hafifi-020517.jpg
Atlet angkat berat negara, Hafifi Mansor, tetap menyasarkan pingat emas dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, 19 hingga 30 Ogos depan, walaupun menyedari bakal berdepan saingan sengit peserta Thailand dan Indonesia. 

Saingan angkat berat temasya itu sememangnya secara tradisi kerap didominasi atlet Thailand dan Indonesia. 

Namun, Hafifi percaya skuad negara mampu menyekat dominasi dua negara itu berlandaskan prestasi semasanya ketika ini. 

"Dari dulu kategori 56, 62, 69 dan 77 kilogram, Malaysia sukar untuk bersaing berikutan peserta Thailand dan Indonesia lebih handal. 

"Sekarang, prestasi saya tidak jauh beza dengan mereka. 

"Untuk angkatan emas nanti, ketiga-tiga negara perlu bersaing sengit.

"Beraksi sebagai atlet tuan rumah, saya mempunyai kelebihan dan sudah pasti akan memberikan aksi terbaik," katanya.  

Dalam pada itu, atlet kelahiran Terengganu itu bertekad memperbaiki kelemahan yang ada apabila ke China nanti untuk mengadakan latihan selama sebulan, bermula 20 Mei ini. 

Hafifi percaya persiapan di China penting bagi membantunya bersedia berdepan cabaran utama daripada Thailand dan Indonesia dalam Sukan SEA nanti. 

"Latihan di sana nanti lebih menumpukan kepada aspek kekuatan sebab di sini, saya tidak begitu mendesak kekuatan kerana banyak memberi tumpuan kepada latihan teknik selain faktor cuaca panas."
 

Advertisement

Must Watch Video