Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Elena di landasan terbaik pertahan emas

elena-goh.jpg
Atlet jalan kaki wanita negara, Elena Goh, menerima perkhabaran gembira apabila Persekutuan Sukan SEA (SGF) memansuhkan acara 20 kilometer dan menggantikannya dengan acara 10km dalam Sukan SEA Filipina, November depan.

Elena meraih pingat emas acara 10km dalam temasya di Kuala Lumpur dua tahun lalu dan kini memiliki kelebihan untuk mempartahankan pingat yang dimenanginya itu.

SGF membatalkan acara 20km selepas mendapatkan pandangan daripada negara-negara bertanding, sekali gus ia memberikan kelebihan buat Malaysia.

Selain itu, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menerusi setiausaha agungnya, Datuk Nazifuddin Najib, juga mengesahkan perubahan acara turut berlaku dalam sukan polo.

"Walaupun kurang daripada empat negara tetapi berdasarkan pendaftaran, ia sudah sah dengan empat negara, jadi ia masih akan dijalankan.

"Ia akan disenarai akhir dalam Sukan SEA.

"Setelah kami menjalankan pemilihan, kami sudah memberikan peluang kepada 51 daripada 56 jenis sukan," katanya.

Sementara itu, MOM akan memutuskan identiti seorang lagi timbalan chef-de-mission (CDM) ke Sukan SEA Filipina dalam Mesyuarat Lembaga Eksekutif, esok

"Ia akan dilihat daripada senarai panjang yang kami sediakan.

"Terdapat nama-nama dalam kalangan bekas atlet dan persatuan sukan," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video