Jurulatih futsal negara, Chiew Chun Yong, berharap pasukannya dapat menyertai kejohanan jemputan di China bulan depan sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos ini.
Kurang tiga bulan menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur, skuad futsal negara masih tiada ketetapan untuk berguru di luar negara.
Chun Yong meletakkan harapan kepada kunjungan ke China untuk melengkapkan persiapan mereka.
"Saya sedang membuat persiapan untuk pasukan beraksi dalam kejohanan jemputan di China pada bulan Jun ini.
Kami akan bersaing dengan England, Republik Czech dan China. Ia merupakan saingan yang bakal mampu menguji tahap kualiti permainan kami," kata Chun Yong.
Sementara itu, kapten pasukan, Firdaus Razali, menyifatkan kejayaan mampu digapai jika pasukan menemui ramuan yang tepat membentuk kerjasama yang mantap.
"Hampir kesemua pemain yang beraksi dalam kejohanan Piala Suzuki AFF tersenarai di dalam pasukan. Jika kami mampu menghasilkan permainan yang baik, Malaysia mampu melakar kejayaan nanti," kata Firdaus lagi.